Langkah-langkah untuk Mengenal Penyakit Hati yang Sombong

Langkah-langkah untuk mengenal penyakit hati yang sombong ialah.


Melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang keterlaluan, sederhana,ringan,
Apakah tanda-tanda?seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya.

Apa lagi kalau pandangan nasehat itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain dll.
2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hal, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah didepanya.

3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bercanda, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang ada mahunya, mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bercanda, duduk sama atau kelompoknya  dengannya saja.

4. Memandang hina pada golongan bawahan.

5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian cari muka. Sebaliknya dia sendiri, susah untuk mendengar omongan atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan orang prihatian dengan kawan ada maunya. Apa lagi untuk mengikut omong teman dan kawan,

7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bicara. Kalau ada orang lain bicara, dia suka memotong bicara teman itu.

8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat peraturan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.

9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang salah dengannya. Bahkan omong-omong, dicaci maki, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.

10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.

11. Dia suka mitak dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.
12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap ada kesalah sikit.
13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.
14. Kurang bercanda dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu dan ada maunya.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, mem?tnah serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.
17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain memremekan kawan.

19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah SWT Tuhan. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.

20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.

21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.
22. Kurang minat menerima berteman atau tidak suka jadi teman orang tekecuali ada maunya.
23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut kalah sainggan dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba2 mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah benar terussss.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain kesuksesan kawan,.
26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.

Tingggi tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti artinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji ini.dalam hati kita *saya berdoa  jauhkan lah saya kami-kami digrup ini dari sifat sombong dan ego.(Mus)
Advertising
Daftar Sekarang

Video Utama: Jembatan Penanjung II Proses Pemasangan Lampu Hias

BACA JUGA BERITA TERBARU

Related Posts